WELCOME HERE

WELCOME,JOM LepaQ ngan amber..kiter pakat2 share suka duka bersamer2x..... ..... WELCOME,JOM LepaQ ngan amber..kiter pakat2 share suka duka bersamer2x.....

Saturday, December 31, 2011

kerana Satu SUARA

mungkin ianya sekadar alat untuk mendengar lagu dan bercakap melalui tele
fon.tapi bagi has ianya bukan sekadar itu sahaja kegunaannya
.ibaratkanlah ia seperti dalam kehidupan.


mereka selalu berkata:"cakap siang pandang-pandang ,dan cakap malam dengar-dengar" itulah ayat sinonim yang kita gunakan pada mereka yang terkantoi bercakap @ cakap lepas jea @ a.ka. kepada mereka yang mengumpat...dalam kehidupan ini ,tidak mungkin semua sempurna,pasti melakukan kesilapan tanpa disedari,dan adat manusia,pasti sesetengah daripada kalian mereka yang menyedari kesilapan itu hingga berkongsi kesilapan seseorang itu dengan mereka yang lain( a.k.a. bercakap-cakap)..tanpa kita sedari itulah penyebab berlakunya pemusuhan dalam persahabatan..



kenapa ianya dikaitkan dengan earphone??..adalah bagus jika kita menjadi seperti earphone itu,hanya berkongsi cerita bersama tuan yang memiliki dan menggunakan

nya sahaja.tidak perlu berpenat lelah mencari pengganti bagi menceritakan semua lagu yang didengarinya.mungkin itulah adat manusia..tidak akan lari semua sifat tersebut...namun tidakkah mereka lupa ,
" kerana nila setitik,rosaklah susu sebelanga"..


jadilah seperti dia(wtk dlm high dreams)..sentiasa tidak memperdulikan mereka yang memperlekehkannya dengan berada di dalam dunianya sendiri mendengar lagu tanpa menghiraukan mereka walaupun hakikatnya dia ketahui apa yang diperkatakan oleh mereka.


boleh dikatakan bukan 100% mereka semua jujur dalam setiap perkara walaupun mereka itu kawan karib kita apatah lagi jika mereka hanyalah kenalan biasa..maka jika itulah peranan mereka berada disisi kita.. untuk kerana itu,maka janganlah kita goyah @ melatah dalam perkara tersebut.kesabaran adalah jalan yang terbaek ..dan jdilah seperti earphone itu ,berada dalam dunianya sendiri dalam masa yang sama mengetahui akan dunia luar.

p/s:jadilah diri sendiri ..jangan jadi orang lain dan janganlah kita menyakiti hati mereka dengan sifat yang tanpa sedar telah menguris hati mereka .





Monday, December 26, 2011

..stdy week..kenangan

hai diari..
sudah sekian lama has tidak coretkan nukilan di dalam diary ini ,hari ini has hendak coretkan kenangan tentang study week.

sekarang has tengah study week sebelum final exam,so nama pun study week ,maka bermulalah cuti selama seminggu untuk rehat dan mengulangkaji pelajaran dan juga tidak terlepas dengan aktiviti menonton movie dalam minggu tersebut.seperti biasa setiap hari waktu bangun pagi akan berubah kepada pukul 10, pkul 11 dan kadang-kadang pukul 12 dan waktu tidur malam pula akan berganjak kepada waktu pagi..tidak kira masa.Faktor perubahan ini bukan disebabkan mentelaah buku sahaja,juga disebabkan habit mentelaah movie.

"itulah dunia study week aku di sinie". tidak sama dengan dunia study week aku di matriculation, dan sebenarnya aku rindu akan kenangan aku di matrik tersebut.setiap hari aku akan lepak bersama law dan rakan sekelas di library.kadang- kala kami tidak segan tidur di library untuk rehatkan minda seketika semasa mengtelaah.Petangnya pula ,kami akan sama-sama turun ke padang beriadah.malam pulak,kitaorg akan lepak di kelas dan maka sesi cikgu sambilan tetap ada mengajar kami yang tidak faham.Sangat best dan sangat kelakar bila difikirkan balik...

Kini semuanya kenangan,aku gembira bersama mereka semua .thanks kekawan ..kamu semua rakan yang baek..:).. love u all ..



Saturday, October 22, 2011

Dri Sore kecik ku

selamat pagi diari ....

cerita semalam mungkin masih segar dalam ingatan tapi lagi segar ingatan itu jika cerita itu menjadi satu igauan dalam kehidupan seharian ...

"orang tua-tua sentiasa berpesan,kalau takut dilambung ombak ,jangan berumah di tepi pantai"

itulah situasinya,kerana aku sanggup berumah di pantai tersebut,tidurku sentiasa dibuai mimpi-mimpi ngeri yang meresahkan jiwa..disaat detik memejamkan mata untuk tidur..pasti igauan itu berlegar-legar menghantui untuk masuk kedalam mimpi ku...dan
tatkala mata itu celik untuk melihat dunia fana keesokkannya, realitinya masih sama jiwa resah gelisah memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya....

aku tidak mengerti,itukan dia insan yang bernama "kawan"?itukah dia insan yang mengelarkan dirinya "Kawan"..dan itukah dia erti disebalik perkataan "kawan".....YA..igauan negeri yang aku alami itu adalah disebabkan oleh insan yang bergelar "K+A+W+AN"..

hari ini(bukan tarikh ini)...aku sendiri mendengar apa yang dibicarakan oleh "kawan" kepada teman-temannya..sangat sakit hati ini mendengar,tpi mana mungkin untuk aku menyerang "kawan" itu kerana aku masih lagi menghormatinya sebagai kawanku walaupun realitinya dia __________aku dikalangan temannya...sunguh aku tidak menyangka,sebuah kristal kepercayaan yang aku berikan kepada kawan ,telah hancur berkecai disebabkan panahan cahaya matahari terik sehingga melukakan jariku..

"kawan"..aku terima apa yang kau telah lakukan kepadaku,janganlah kau takut bertentang mata denganku jka kau pasti kau tidak bersalah ,dan jika kau sendiri mengakui kesilapan kau itu,hanya satu sahaja ayat yang ingin aku dengar daripada percakapaanmu itu.."MAAFKAN AKU"...dan aku tahu mustahil untuk aku mendengarnya. .....

'kawan" janganlah kau hairan jika aku tidak lagi menegurmu seperti dahulu,tidak lgi menyebut namamu dibibirku,tidak lagi dapat bertentang mata denganmu ..kerana mimpi ngeri yang aku alami tu telah menjadi igauan tragis dalam hidup aku...aku juga seorang insan yang lemah ,tidak seteguh karang yang masih utuh berdiri disaat dilambung ombak yang tinggi...hatiku juga sekeras batu disungai bukan seperti tanah yang akan lekuk tatkala hujan membasahinya....








Tuesday, September 20, 2011

nothing...oMong Kosong

semalam has ader perjumpaan dgn bdk2 has..okh lh bley jerk handle diaorg...first meting nie kiteorg just bersuai kenal jerk..mostly bdk2 group has sebaya dgn has..hahaha..mmg tk bley pgil kakak lah ...ader jgk yg 21 n ader jgk yg 19 ..tpi ckit jerk lh..nmer pun sesi suai kenal,so kiteorg just perkenalkan diri,nmer panggilan ,umur,hobi ,status dan pegalam selama 2 minggu kat sini...bila dengar jerk cter2 diaorg..mmg nk tergelak jugaklah sebab kebanyakkn diaorg cter psal diaorg tersesat mencri kelas...ader yg sampai nangis..huhuhu..

bsea lh dik ,..first time msuk kuliah..lgipun dah mmg zaman u ,so kner berdikari sendri lh jawabnya..has pun mcm tue jgk mser awl2..tpi okh jerk..tk der lh smpai sakit hati dgn jaksa2 (yg bgi mklumat kt adk tue)..kiter semua kan manusia..sentiasa melakukan kesilapan ..so ,has hrp bdk(yg nangis tue) dpt terima cara kehidupan di u nie mcm mana yerk...

cter tak abis lgi..huhu..nie plak part sedih dlm diary has,..nak ckp has nie manja ,agknyalh kot...tpi klau sebelum2 nie tak plak has mudah nngis..mybe semlm tension kot..huhuhu....ntahlah..has pun tak thu nak ckp aper dgn life has..asyik sbuk jerk memanjang ..smpaikan mser utk study pun kner curi mser tdo(tue pun klau bgun pgi)...smlm has nngis lgi,sbnya dh penat fkir and no idea utk selesaikan 1 masalah yg tergendala...huhuhu...
has pun terfikir ..smpai biler yerk has akan lemah mcm nie??adakah mser untuk has mnjadi kuat?


Friday, September 16, 2011

Aku rindu Kamu ..





Setiap kali hujung minggu,has sentiasa nampak kekawan has dikunjungi family mereka,mereka berborak bersama,keluar outing bersama,saling bertukar khabar..tpi ,has pula
..tiada yang datang menziarah ..hanya memerap sendirian di bilik..bertemankan laptop ,keroppi ,mrs.coco,n mr.bear..itu sahaja peneman has dibilik .kadang2 kalau terlalu bosan has akan keluar ke tempat2x mall...mencari barang untuk keperluan ,maklumlah ,has tidak seperti kekwan yang laen ..family datang menziarah ..membawa semua keperluan harian anak mereka tanpa memberi beban kepada anak mereka untuk berdikari sendiri..




Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya
Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku

Terasa sungguh

Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

kadang2 has terfikir,kan best kalau family has datang melawat ,berkongsi masalah bersama2x,..emmm..itu semua hanyalah angan2x sahaja ,..mustahil untuk mimpi itu menjadi nyata ...(mak ,ayh)=takper..has faham keadaan kta...has harap seadanya has di perantauan ini sentiasa mendapat rahmat dan berkat dri mu ...i love my family very much ..

mak dan abah ...andai dapat baca isi hati has ,has ingin katakan disini bahawa tak perlulah risau akan diri has..has punyai seorang teman yang sentiasa berkongsi masalah ,suka dan duka dan menjadi teman penasihat kepada has..has bersyukur kerna dapat mengenali dia..moga mak dan ayh dapat mengenali dia suatu hari nanti..:)

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh


Thursday, September 15, 2011

..Bermulanya langkah pertama..

setelah penat mencari n mencuri masa yang lapang ,akhirnya ari nie,detik ini dan saat ini has berkesempatan mengupdate blog has walaupun hanya seringkas yang termampu sahaja..

bukan meminta kesibukkan itu,tapi kerana mengalas erti "tanggungjawab " has menerimanya dengan tangan yang terbuka,..walaupun sesaat minit sahaja yang dapat dicuri untuk kehidupan sendiri ,has bersyukur..alhamdulilah...minggu kesibukakan itu telah pun berlalu ..sekarang hanya sibuk dengan kelas dan aktiviti 2x mingguan dan event2 yang tertentu sahaja..

disininya bermula ,langkah perjalanan buat has untuk sepanjang tahun kedua ini..kenapakah begitu?? jwpannya=kerna has telahpun menggalas" tanggungjawab" untuk membantu menguruskan aktiviti kolej ..dan semestinya perasaan takut ,tension dan seadanya pasti has akan lalui sepanjang tahun ini..tambahan fokus has kepada pelajaran jugak penting...insyallh ...

janji has kepada diri sendiri dan kepada
="mak ,abah dan family "
has akan berusaha untuk dapatkan result yang terbaek untuk thun ini ,menjaga diri dengan baek sepanjang berada disinie walaupun mak n abah jauh dri has,menjaga nama baek family dan segala nasihat mak n abah bagi akan sentiasa has jadikan podaman diri

="kolej aminuddin baki"
insyallh ,has akan memegang amanah dan tanggungjawab itu sebaik mungkin...moga sokongan dan tunjuk ajar sentiasa diberi kepada has