WELCOME HERE

WELCOME,JOM LepaQ ngan amber..kiter pakat2 share suka duka bersamer2x..... ..... WELCOME,JOM LepaQ ngan amber..kiter pakat2 share suka duka bersamer2x.....

Saturday, October 22, 2011

Dri Sore kecik ku

selamat pagi diari ....

cerita semalam mungkin masih segar dalam ingatan tapi lagi segar ingatan itu jika cerita itu menjadi satu igauan dalam kehidupan seharian ...

"orang tua-tua sentiasa berpesan,kalau takut dilambung ombak ,jangan berumah di tepi pantai"

itulah situasinya,kerana aku sanggup berumah di pantai tersebut,tidurku sentiasa dibuai mimpi-mimpi ngeri yang meresahkan jiwa..disaat detik memejamkan mata untuk tidur..pasti igauan itu berlegar-legar menghantui untuk masuk kedalam mimpi ku...dan
tatkala mata itu celik untuk melihat dunia fana keesokkannya, realitinya masih sama jiwa resah gelisah memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya....

aku tidak mengerti,itukan dia insan yang bernama "kawan"?itukah dia insan yang mengelarkan dirinya "Kawan"..dan itukah dia erti disebalik perkataan "kawan".....YA..igauan negeri yang aku alami itu adalah disebabkan oleh insan yang bergelar "K+A+W+AN"..

hari ini(bukan tarikh ini)...aku sendiri mendengar apa yang dibicarakan oleh "kawan" kepada teman-temannya..sangat sakit hati ini mendengar,tpi mana mungkin untuk aku menyerang "kawan" itu kerana aku masih lagi menghormatinya sebagai kawanku walaupun realitinya dia __________aku dikalangan temannya...sunguh aku tidak menyangka,sebuah kristal kepercayaan yang aku berikan kepada kawan ,telah hancur berkecai disebabkan panahan cahaya matahari terik sehingga melukakan jariku..

"kawan"..aku terima apa yang kau telah lakukan kepadaku,janganlah kau takut bertentang mata denganku jka kau pasti kau tidak bersalah ,dan jika kau sendiri mengakui kesilapan kau itu,hanya satu sahaja ayat yang ingin aku dengar daripada percakapaanmu itu.."MAAFKAN AKU"...dan aku tahu mustahil untuk aku mendengarnya. .....

'kawan" janganlah kau hairan jika aku tidak lagi menegurmu seperti dahulu,tidak lgi menyebut namamu dibibirku,tidak lagi dapat bertentang mata denganmu ..kerana mimpi ngeri yang aku alami tu telah menjadi igauan tragis dalam hidup aku...aku juga seorang insan yang lemah ,tidak seteguh karang yang masih utuh berdiri disaat dilambung ombak yang tinggi...hatiku juga sekeras batu disungai bukan seperti tanah yang akan lekuk tatkala hujan membasahinya....